Persekutuan Pengakap Daerah Subis

Persekutuan Pengakap Daerah Subis
Pasukan Pengakap Daerah Subis

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru...

Daripada Pasukan Pengakap Daerah Subis.. Semoga semua guru di Malaysia baik di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej- kolej matrikulasi, ipg semalaysia sentiasa sukses dan bersemangat mendidik anak bangsa. Tanpa guru, siapalah seorang doktor, jurutera, peguam, hakim mahupun perdana menteri. Guru Ibarat Lilin yang membakar diri. Untuk menerangi alam anak didiknya dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berguna. Bukan wang ringgit atau pelbagai hadiah yang dapat memuaskan hati seorang guru. Tetapi kejayaan anak didiknya yang sentiasa diingini oleh seorang guru. Kesusahan guru yang mengajar di pedalaman Malaysia amat dihargai. Terima Kasih, Cikgu..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjayaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

(Adaptasi dengan penambahan dari Puisi Guru O Guru oleh Usman Awang). 






Sunday, 8 April 2012

kursus pengurusan risiko negeri sarawak, peringkat kebangsaan 2012

Pada 6,7,dan 8 April 2012 yang lalu, kursus ini telah diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pengurusan Risko) dengan kerjasama PPM Sarawak di SMK Kemena, Bintulu, Sarawak. Berikut merupakan gambar- gambar sepanjang program tersebut berlangsung...



















Saturday, 31 March 2012

Bidang tugas setiap ADC Pengakap 2012

1) ADC Pentadbiran
- menguruskan pendaftaran kumpulan- kumpulan pengakap, setiausaha pengakap, membantu dalam menguruskan pengakap.

2.) ADC Latihan Daerah
- Fokus untuk latihan yang melibatkan pemimpin, penolong pemimpin dan murid.

3.) ADC Hal Ehwal Wanita
- Urusetia semasa perkhemahan, lebih kepada pengurusan hal ehwal pemimpin,penolong pemimpin wanita serta murid dan pelajar wanita.

4.) ADC Program
- Merancang segala program dan aktiviti sebagai contoh thinking day, dan pertandingan kawad formasi.

5.) ADC Pengakap kanak- kanak ( Sekolah Rendah)
- merancang segala aktiviti yang akan dijalankan berkaitan pengakap kanak- kanak iaitu dengan berkolaborasi bersama ADC Program dan Latihan Daerah.

6.) ADC Pengakap Muda, Remaja dan Kelana (Sekolah Menengah)
- merancang segala aktiviti yang akan dijalankan berkaitan pengakap di Sekolah Menengah iaitu dengan berkolaborasi bersama ADC Program dan Latihan Daerah.

7.) ADC Perhubungan Raya
- membina laman blog pengakap daerah dan sentiasa update segala aktiviti serta mesyuarat yang dirancang dan dijalankan oleh pengakap daerah.
- berhubung dengan pihak luar.

8.) ADC Tugas- Tugas Khas
- Membantu di mana- mana bahagian ADC samada program, latihan pentadbiran dan sebagainya.

Thursday, 29 March 2012

mesyuarat kedua 2012

Pada 29 mac 2012, satu mesyuarat telah diadakan di dewan SK Bekenu. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 12 org. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah:

1.) Penubuhan Majlis Pengakap Daerah Subis
2.) Pendaftaran sekolah- sekolah dan murid
3.) Penukaran ADC saudari Rohayu kepada saudari Kong
4.) Perbincangan tugas- tugas setiap ADC
5.) Perbincangan Program Pengakap sepanjang tahun
5.) Lain- lain

Mesyuarat telah bermula pada jam 3.00pm dan ditangguhkan pada 4.55pm. Mesyuarat ke-3 akan menyusul pada 19 April 2012 bertempat di PPD/PKG Subis.
Antara gambar- gambar semasa mesyuarat tersebut :







Friday, 2 March 2012

Mesyuarat Persekutuan Pengakap Daerah Subis Kali Pertama

Salam Pengakap....
Pada 2 MAC 2012, Pasukan Pengakap Daerah Subis telah mengadakan mesyuarat kali pertama untuk sesi 2012. Antara agenda mesyuarat ini adalah:
1) Penyerahan Jawatan Pesuruhjaya Daerah Subis daripada DC Puan Fauziah Bt Pata kepada DC Tuan Rarni Bin Ahmad.
2) Pelantikan Penolong- penolong Pesuruhjaya .
3) Perancangan aktiviti- aktiviti bagi tahun 2012.
4) Taklimat pendaftaran kumpulan pengakap sekolah.
5.) Lain- lain.

Antara tugas- tugas Penolong Pesuruhjaya Daerah yang baru adalah :

1.) ADC Pentadbiran : Cik Suhana Bt Eneng dan Encik See Kean Seng
2.) ADC Latihan : Encik Fauzan Naim Bin Alias
3.) ADC Program : Encik Fadelan dan Encik Michael
4.) ADC Pengakap Kanak-Kanak : Encik Sabri Bin Amin dan Encik Safri
5) ADC Tugas- Tugas Khas: Encik Azizan Bin Abdullah dan Encik Hafizak Razak
6) ADC Hal Ehwal Wanita : Cik Lily dan Puan Ayu
7.) ADC Perhubungan raya : Encik Mohd.Fazli Bin Mohd Ramli.

Selepas ini, mesyuarat akan diadakan pada 29 MAC 2012.
Di antara gambar- gambar semasa mesyuarat...............