Persekutuan Pengakap Daerah Subis

Persekutuan Pengakap Daerah Subis
Pasukan Pengakap Daerah Subis

Monday 23 September 2013

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Subis 2013

Salam Pengakap semua. Pada 20, 21 dan 22 September 2013 yang lalu, telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Subis di SK Kita, Niah.
Murid- murid bersedia melakukan persembahan tarian...

Pasukan Pengakap sedang menunggu di khemah..

Peserta Terbaik Perempuan Pengakap Kanak- Kanak ( Adik Siti Nur Ain Umairah Bt Razali)

Perasmian Penutupan...
Program ini dijalankan bersempena Program Regatta(Lumba Bot@ Perahu) Peringkat Daerah Subis.Program ini telah dinaungi oleh Majlis Pengakap Daerah Subis dan dibantu oleh Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Subis. Seramai hampir 90 orang peserta menyertai perkhemahan ini dan mewakili 8 sekolah rendah( SK Kg Selanyau, SK Sungai Tangap, SK Beliau Ahad, SJKC Chung Hua Sibuti, SK Keluru Tengah, Sk Batu Telingai, SK Sungai Bakas, SJKC Chung Hua Sungai Lumut) dan 2 buah sekolah menengah ( SMK Suai dan SMK Luar Bandar Miri). Pasukan Pengakap Kelana dari SMK SUai juga telah membantu sebagai fasilitator. Perkhemahan ini telah di ketuai oleh ADC Mat Fadelan sebagai Ketua Program dan di bantu oleh ADC Suhana sebagai setiausaha. Kem Komandan Sekolah Rendah@ Pengakap Kanak- Kanak telah di ketuai oleh saudara ADC Azizan manakala Kem Komandan Sekolah Menengah@Pengakap Muda diketuai oleh ADC Fauzan Naim. Terima Kasih juga kepada ADC Michael Falaco, ADC Lily, ADC Mohd.Fazli, ADC Sabri Amin, ADC See serta semua pemimpin serta Penolong pemimpin sekolah yang juga telah membantu sebagai jurulatih.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan dijalankan. Antaranya, untuk Pengakap Kanak- kanak, mereka telah menjalani Ujian Lencana Keris Gangsa, manakala Pengakap Muda pula menjalani Ujian Lencana Usaha. Program perkhemahan ini berjalan lancar dan ADUN Lambir, YB Encik Ripin Bin Lamat juga hadir melakukan lawatan untuk bersama ahli pengakap iaitu pada 21 September (Sabtu). Semasa perasmian penutup, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Subis iaitu Encik Abdul Rashid Bin Yaakub dan Pesuruhjaya Daerah Subis, Encik Rarni Bin Ahmad telah hadir dan memeriahkan lagi majlis penutupan.Semoga perkhemahan ini dapatlah diteruskan pada masa- masa akan datang supaya anak- anak didik kita dapatlah belajar untuk hidup berdikari, berdisplin serta mengamalkan undang- undang serta persetiaan pengakap di dalam kehidupan mereka. Ini adalah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja daripada segi Akademik, malahan Ko-Kurikulum serta kekuatan mental dan jasmani. Berikut merupakan antara gambar- gambar menarik di sepanjang berlangsungnya perkhemahan ini.
Banner Program Perkhemahan...
Gembira setelah melalui pelbagai Ujian dan Cabaran di sepanjang perkhemahan ini..




Sunday 1 September 2013

Skim Lencana Pengakap Sekolah Rendah@ Pengakap Kanak- Kanak...

Berikut merupakan gambar Skim Lencana Keris Gangsa, Lencana Keris Perak dan Lencana Keris Emas untuk Pengakap Kanak- Kanak: