Persekutuan Pengakap Daerah Subis

Persekutuan Pengakap Daerah Subis
Pasukan Pengakap Daerah Subis

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru...

Daripada Pasukan Pengakap Daerah Subis.. Semoga semua guru di Malaysia baik di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej- kolej matrikulasi, ipg semalaysia sentiasa sukses dan bersemangat mendidik anak bangsa. Tanpa guru, siapalah seorang doktor, jurutera, peguam, hakim mahupun perdana menteri. Guru Ibarat Lilin yang membakar diri. Untuk menerangi alam anak didiknya dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berguna. Bukan wang ringgit atau pelbagai hadiah yang dapat memuaskan hati seorang guru. Tetapi kejayaan anak didiknya yang sentiasa diingini oleh seorang guru. Kesusahan guru yang mengajar di pedalaman Malaysia amat dihargai. Terima Kasih, Cikgu..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjayaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

(Adaptasi dengan penambahan dari Puisi Guru O Guru oleh Usman Awang). 






No comments:

Post a Comment