Persekutuan Pengakap Daerah Subis

Persekutuan Pengakap Daerah Subis
Pasukan Pengakap Daerah Subis

Thursday, 8 August 2013

Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana

Berikut merupakan gambar Lencana Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Lencana Kemajuan Pengakap Muda
Lencana Pengakap Kelana

Lencana Kemajuan Pengakap Remaja



Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan....

Pasukan Pengakap Daerah Subis ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini kepada semua umat ISlam di seluruh Malaysia. Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan tekun dan sabar.

Saturday, 6 July 2013

Mesyuarat Pengakap Bahagian Miri 2013

Salam pengakap. Pada 6 Julai 2013, telah berlangsungnya mesyuarat@perjumpaan pengakap Daerah Miri dab Pengakap Daerah Subis. Mesyuarat ini bermula jam 2.00pm dan tamat pada 3.45pm. Antara yang hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Negeri Sarawak (Encik Abang Hamdan), Pesuruhjaya Daerah Miri (Encik Masri), Pesuruhjaya Daerah Subis ( Encik Rarni) dan semua ADC Miri dan ADC Subis. Seramai 17 orang telah hadir pada mesyuarat ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Luak. Antara Agenda mesyuarat ialah:
1.) Mengukuhkan tali persahabatan pengakap antara daerah.
2.) Mengumumkan pencalonan Encik Masri sebagai Pesuruhjaya Bahagian Miri dan Encik Empari Hong Sebagai Pesuruhjaya Daerah Miri.
3.) Menyenaraikan tugas- tugas DC dan ADC.
4.) Perancangan aktiviti 100 tahun pengakap di Sarawak.
5.) Bahagian Latihan (Manik Kayu).

Berikut merupakan gambar- gambar yang sempat dirakam...






Semoga Pengakap Daerah Miri dan Daerah Subis akan lebih sukses dan erat lagi pada masa akan datang..

Tuesday, 19 February 2013





Assalamualaikum. Salam Pengakap. Selamat datang tahun 2013. Mesyuarat kali pertama majlis pengakap daerah Subis telah berlansung dengan jayanya di SMK Suai. Pesuruhjaya Pengakap Subis, En Rarni berjaya mengepalai mesyuarat ini dengan jayanya yang dihadiri kira-kira 34 orang pemimpin pengakap sekolah sekitar daerah Subis. Pelbagai idea, cadangan, kritikan dan masalah dikongsi dalam mesyuarat kali ini. Tahniah diucapkan kepada pemimpin yang begitu bersemangat tahun ini. Diharapkan semua pemimpin sekolah masing-masing dapat mendaftarkan ahli pengakap sekolah masing-masing tahun ini.  Sekali berpengakap, Selamanya berpengakap.

Tuesday, 11 September 2012

Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Ini adalah pelan pembangunan pendidikan yang telah menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2005-2010. Hanya sebagai perkongsian..

Monday, 10 September 2012

Good Luck Calon UPSR 2012

Pasukan Pengakap Daerah Subis mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua anak didik Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula esok. Semoga anak- anak didik sekalian dapat keputusan yang cemerlang. Dan berpuas hati dengan segala usaha yang anak- anak telah lakukan.

Saturday, 18 August 2012

Selamat hari raya Aidilfitri semua..

Salam Aidilfitri kepada semua umat ISlam keseluruhannya. Terutama ditujukan kepada Ahli Pasukan Pengakap Daerah Subis, Kakitangan dan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Subis. Semoga anda semua bergembira berhari raya bersama ahli keluarga yang tersayang..